Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Program Khatan kali ini disertai seramai 30 orang kanak-kanak dan dimeriahkan lagi dengan upacara bermandi Mandian Bomba Sampai Kecut(saja buh ja nama ni).
Program berjalan sangat lancar dengan bantuan para Doktor UKM seramai 14 orang yang sememangnya terlatih dalam bidang tersebut.
Kelihatan reaksi para Doktor amat mesra dan menyenangkan kanak-kanak. Ibu bapa juga dibenarkan bersama anak-anak mereka ketika sessi pembedahan dijalankan.
Walaupun terdapat ibu-ibu yang lemah semangat melihat darah, namun tetap bersama demi memberi sokongan kepada anak mereka. Itulah kasih sayang seorang ibu.
Tidak lupa juga jawatankuasa yang amat bersungguh menjayakan program kali ini. Kita juga amat berterima kasih kepada ADUN Hulu Kelang Hj Saari Sungib kerana memberi sokongan yang padu sehingga program ini berjalan dengan jayanya
.
It was one 카지노사이트 of the streak of winnings by unnamed excessive-rollers that totaled $55m over the course of some months
BalasPadam