Rakan-rakan blog

Ahad, 16 Mei 2010

Janganlah sentiasa mencari kesalahan.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal; (iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika mereka berdiri dan duduk dan ketika mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.
(Surah Ali ‘Imran: 190-91)


Selamat Hari Guru 2010


Jasa guruku tidak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu daripadanya
Jasanyaku kenang sampai bila-bila

Guru mengenalkanku pada Tuhanku
Rasul dan wahyu juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak Mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Hijrah di tahun 1431H

Setiap kali tahun baru menjengah, maka bertambahlah jarak hidup kita dengan masa hidupnya Kekasih Allah Muhammad SAW. Namun jarang di antara kita merasa sedemikian.

"Betapa sedih rasanya tidak sezaman denganmu ya Rasulullah...Peristiwa Hijrahmu sangat menyentuh diriku kerana tiada yang mampu melakukan sedemikian di zamanku kini..."

"Sudah ramai orang yang dipilih untuk kau 'temui'...maka beruntunglah orang-orang itu...tetapi bilakah masanya aku mampu bertemu denganmu ya Rasulullah...?"

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1431


Ahad, 13 Disember 2009

Program Khatan berjemaah@DUN Hulu Kelang

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.

Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

Program Khatan kali ini disertai seramai 30 orang kanak-kanak dan dimeriahkan lagi dengan upacara bermandi Mandian Bomba Sampai Kecut(saja buh ja nama ni).



Program berjalan sangat lancar dengan bantuan para Doktor UKM seramai 14 orang yang sememangnya terlatih dalam bidang tersebut.

Khamis, 15 Oktober 2009

Hj. Wan Muhammad Idris al-Jarumi (Tok Sheikh Jarum)

Tok Sheikh Jarum atau nama penuhnya ialah Haji Wan Muhammad ldris bin Haji Wan Jamal dilahirkan pada tahun 1266 Hijrah bersamaan 1849 Masihi. Beliau dilahirkan di Kampung Bendang, Daerah Jaha dalam Wilayah Yala, Patani.

Gelaran 'Jarum' di hujung nama Haji Wan Muhammad ldris dikatakan berpunca dari peristiwa sewaktu Raja Patani mengumpul beberapa orang ulama di istananya untuk berbincang masalah ´hukum rejam´ dalam Islam. Ketika Raja Patani meminta Haji Wan Muhammad ldris memberikan pendapat, ulama yang paling muda itu dapat menjawab dengan pintar dan tepat. Ketajaman fikiran yang difikirkan oleh raja seperti 'Jarum' itulah menyebabkan baginda menggelarnya, 'Tok Sheikh Jarum'.

Rabu, 23 September 2009

Salam `Eidul Fitri, Maaf Zahir & Batin


Kiranya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya `Eidul Fitri kepada semua umat Islam.

Hari Raya merupakan hari meraikan kemenangan bg umat Islam setelah mengharungi cabaran berpuasa(mematuhi arahan Allah tanpa soal) selama sebulan. Disebabkan itulah umat Islam diperintahkan untuk bertakbir dgn laungan takbir kemenangan, seolah-olah mereka menang peperangan.

Selasa, 2 Jun 2009

Hafiz Badaruzzaman akhiri zaman bujangnya


Tahniah dan tahniah kepada sahabatku...
sahabat PMIK setelah bergelar suami dan isteri pada 31 Mei lalu.


Semoga menjadi pasangan yang bahagia dan pasangan yang akan sentiasa memberi sepenuh sokongan kepada ISLAM...

Semoga tenang melayari bahtera rumah tangga sejahtera.

Selasa, 28 April 2009

Program Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor telah menjalankan pelbagai Program yang dikirakan amat proaktif berbanding negeri-negeri yang lain.

Program Tuisyen Rakyat Selangor(PTRS) merupakan salah satu program tersebut. Pelajar-pelajar tingkatan 5 2009 adalah golongan sasaran awal Program ini. Berkemungkinan akan dibuka pendaftaran kepada tingkatan yang lain pada tahun hadapan. InsyaAllah melalui program ini, secara objektifnya akan meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar tingkatan 5 seluruh selangor.

Di bawah motto "Ke arah Masyarakat Cemerlang", negeri selangor telah menggariskan panduan dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang secara holistik memerlukan pembanguna bersepadu terhadap 5 unsur kecerdasan utama iaitu spiritual, physical, intelectual, emotional, dan social.(SPIES)

SPIES pula merupakan program lebih khusus dalam membina modal insan masyarakat negeri Selangor.Program SPIES mempunyai 7 golongan sasaran iaitu, remaja, siswa, belia, masyarakat, kepimpinan, pendidik, dan sukarelawan.



Tip2 Kesihatan

Protect Yourself and Others

All strains of influenza can be dangerous; however, good infection prevention measures can help protect you and others if this virus begins to spread rapidly in Canada.

  • Wash your hands often and thoroughly in warm, soapy water or use hand sanitizer
  • Cough and sneeze in your arm, not your hand
  • Keep common surfaces and items clean and disinfected
  • Stay home if you’re sick, unless directed to seek medical care

Prevent H1N1 flu virus (human swine flu) with frequent handwashing

Handwashing, when done correctly, is the single most effective way to prevent the spread of communicable diseases. Good handwashing technique is easy to learn and can significantly reduce the spread of infectious diseases among both children and adults.

More information on how to wash your hands.

Cover your cough and sneeze

Sneeze and cough into your elbow or sleeve or use a tissue. After wiping or blowing your nose with a tissue, throw away the tissue and wash your hands. Keep your fingers away from your eyes, nose and mouth

Stay at home and avoid crowds when sick

If you are sick, avoid going to work and being in large crowds as you can spread influenza easily to others. You should also visit those who are sick only if necessary.

Keep common surfaces clean

Keep personal items separate if a household member is sick. Use a disinfectant to clean surfaces around a person who is sick with the influenza. Do not share personal items or drinks.

Does the annual influenza vaccination protect me from H1N1 flu virus (human swine flu)?

This year’s annual influenza immunization, or flu shot, protects against the human strain of H1N1 influenza. The human swine influenza H1N1 strain is different than the human strain. It is unlikely that the seasonal flu shot will provide protection against H1N1 flu virus (human swine flu). The flu shot will protect against the seasonal influenza, which is still circulating in Mexico.


Penyakit Kencing Tikus