Aidilfitri kali ini cukup memberikan kesan yang mendalam kepada jiwaku kerana pertama kali beraya berjauhan dari keluarga. Sungguh dirasai betapa nikmat bersama keluarga dan sahabat handai selama ini. Sememangnya demikianlah manusia, cenderung leka dengan nikmat yang berada di hadapan mata sehinggakan ianya lenyap dari pandangan barulah dirasai. Sepertimana diungkapkan di dalam sajak terkenal;
Apa yang tiada sering dilupakan,
Nikmat yang dikejar barukan terasa,
Apabila hilang,
Apa yang diburu timbul rasa jemu,
Apabila sudah di dalam genggaman.
Takbir Raya di Yaman sungguh berlainan daripada Takbir Raya di Malaysia, irama dan nadanya. Iramanya memberi semangat kepada yang bertakbir. Iramanya seperti takbir kemenangan hasil bantuan Allah di dalam cerita animasi Muhammad Utusan Terakhir semasa peperangan Ahzab/Khandak. Dengan Takbir sedemikian barulah dikatakan Takbir Kemenangan. Bukanlah seperti di Malaysia yang amat jauh dari nada dan irama kemenangan. Takbir Raya di Malaysia ialah Takbir Kesedihan. Itulah nama yang sesuai buat masa ini. Mungkin juga sedih oleh kerana tamatnya Madrasah Ramadhan. Jikalau alasan sedemikian bolehlah diterima pakai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih sudi membaca tulisan saya...