Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas keluarga dan sahabat2 baginda seluruhnya.
Bersyukur sesyukurnya kepada Allah di atas segala ni'mat yang telah dibentangkan terpampang di depan, belakang, kanan dan kiri serta atas dan bawah yang telah membawa diri ini sehingga ke titik sekarang. Amatlah besar hikmahnya dalam segala setiap apa yang berlaku selama ini. Cumanya kadang2 tidak dihiraukan malah dilupakan juga..Allah~..cukup lemah diri ini.
Telah ditakdir bahawa jodoh dengan Yaman(Sanaa) tidak lama, hanya 9 bulan saja. Makanya jodoh dengan UIA diteruskan semula. Betullah, kalau dah jodoh tu tak akan ke mana. Sememangnya ingin saja diteruskan pengajian di Yaman bumi yang dahagakan revolusi ummah, namun keselamatan lebih diutamakan.
Sekarang berstatus pelajar UG IRKHS UIAM tahun 1, sangat berasa kerdil dengan bidang Ilmu yang baru. Bidang Ilmu yang betul-betul menyelam ke 'dasar'. Berlainan rasanya dengan sebelum ini, hanya lebih mencakupi 'permukaan' sahaja. 'Dasar' pada suatu ketika dahulu hanya nampak samar-samar. Walaupun ada ketikanya boleh mengagak kedalaman namun masih tidak tahu apa isinya yang sebenar.
Nah!Sekarang engkau lihat!Betapa luasnya ilmu Allah taala. Segala persoalan engkau sebelum ini ada jawapannya di sini!Sungguh perlu kepada 'ilmu wahyu' penyulam ilmu sunnatullah. Pada waktu itu sungguh merasai kembang jiwa jantung ini mendapat tahu gedebuk-gedebuk. Allah! semua ini Kau tahu. Kau rancang. Kau caturkan. Subhanallah!
Ya Allah Kau kurniakanlah kami dengan Ilmu yang bermanfaat!Ajarilah daku!
semoga terus bersemangat dan bersemangat untuk mencapai cita-cita :))
BalasPadamI'allah..pasti Allah ade perancangan yang terbaik lagi buat anta..
BalasPadam