Rakan-rakan blog

Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Hijrah di tahun 1431H

Setiap kali tahun baru menjengah, maka bertambahlah jarak hidup kita dengan masa hidupnya Kekasih Allah Muhammad SAW. Namun jarang di antara kita merasa sedemikian.

"Betapa sedih rasanya tidak sezaman denganmu ya Rasulullah...Peristiwa Hijrahmu sangat menyentuh diriku kerana tiada yang mampu melakukan sedemikian di zamanku kini..."

"Sudah ramai orang yang dipilih untuk kau 'temui'...maka beruntunglah orang-orang itu...tetapi bilakah masanya aku mampu bertemu denganmu ya Rasulullah...?"

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1431


Ahad, 13 Disember 2009

Program Khatan berjemaah@DUN Hulu Kelang

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.

Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

Program Khatan kali ini disertai seramai 30 orang kanak-kanak dan dimeriahkan lagi dengan upacara bermandi Mandian Bomba Sampai Kecut(saja buh ja nama ni).



Program berjalan sangat lancar dengan bantuan para Doktor UKM seramai 14 orang yang sememangnya terlatih dalam bidang tersebut.

Khamis, 15 Oktober 2009

Hj. Wan Muhammad Idris al-Jarumi (Tok Sheikh Jarum)

Tok Sheikh Jarum atau nama penuhnya ialah Haji Wan Muhammad ldris bin Haji Wan Jamal dilahirkan pada tahun 1266 Hijrah bersamaan 1849 Masihi. Beliau dilahirkan di Kampung Bendang, Daerah Jaha dalam Wilayah Yala, Patani.

Gelaran 'Jarum' di hujung nama Haji Wan Muhammad ldris dikatakan berpunca dari peristiwa sewaktu Raja Patani mengumpul beberapa orang ulama di istananya untuk berbincang masalah ´hukum rejam´ dalam Islam. Ketika Raja Patani meminta Haji Wan Muhammad ldris memberikan pendapat, ulama yang paling muda itu dapat menjawab dengan pintar dan tepat. Ketajaman fikiran yang difikirkan oleh raja seperti 'Jarum' itulah menyebabkan baginda menggelarnya, 'Tok Sheikh Jarum'.

Rabu, 23 September 2009

Salam `Eidul Fitri, Maaf Zahir & Batin


Kiranya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya `Eidul Fitri kepada semua umat Islam.

Hari Raya merupakan hari meraikan kemenangan bg umat Islam setelah mengharungi cabaran berpuasa(mematuhi arahan Allah tanpa soal) selama sebulan. Disebabkan itulah umat Islam diperintahkan untuk bertakbir dgn laungan takbir kemenangan, seolah-olah mereka menang peperangan.

Selasa, 2 Jun 2009

Hafiz Badaruzzaman akhiri zaman bujangnya


Tahniah dan tahniah kepada sahabatku...
sahabat PMIK setelah bergelar suami dan isteri pada 31 Mei lalu.


Semoga menjadi pasangan yang bahagia dan pasangan yang akan sentiasa memberi sepenuh sokongan kepada ISLAM...

Semoga tenang melayari bahtera rumah tangga sejahtera.

Selasa, 28 April 2009

Program Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor telah menjalankan pelbagai Program yang dikirakan amat proaktif berbanding negeri-negeri yang lain.

Program Tuisyen Rakyat Selangor(PTRS) merupakan salah satu program tersebut. Pelajar-pelajar tingkatan 5 2009 adalah golongan sasaran awal Program ini. Berkemungkinan akan dibuka pendaftaran kepada tingkatan yang lain pada tahun hadapan. InsyaAllah melalui program ini, secara objektifnya akan meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar tingkatan 5 seluruh selangor.

Di bawah motto "Ke arah Masyarakat Cemerlang", negeri selangor telah menggariskan panduan dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang secara holistik memerlukan pembanguna bersepadu terhadap 5 unsur kecerdasan utama iaitu spiritual, physical, intelectual, emotional, dan social.(SPIES)

SPIES pula merupakan program lebih khusus dalam membina modal insan masyarakat negeri Selangor.Program SPIES mempunyai 7 golongan sasaran iaitu, remaja, siswa, belia, masyarakat, kepimpinan, pendidik, dan sukarelawan.


Selasa, 3 Mac 2009

Tenaga Al-Quran sebagai Pengharmoni

Sebagai asasnya, tenaga dalaman manusia boleh dibentuk dengan melakukan senaman pernafasan. Senaman pernafasan ini dilakukan dengan disiplin-disiplin tertentu supaya irama pernafasan dapat selari dengan tenaga dalaman kita. Contoh amalan senaman ini ialah, senaman Taichi, Qi Gong dan senaman Silat Tua. Ketiga-tiga senaman ini mengutamakan pernafasan yang rapi bersama gerakan tertentu supaya pengamalnya dpt merasa sendiri keselarian pernafasan dan tenaga mereka.

Asas tenaga Qi ataupun tenaga dalaman ini adalah bersumberkan tenaga alam yang terhasil daripada benda-benda hidup seperti haiwan, manusia dan tumbuhan. Apa yang difahami ialah, segala benda yang hidup mampu menghasilkan tenaga Qi tersendiri dan ada kalanya terbebas ke persekitaran. Tenaga yg terbebas inilah yang disedut bersama nafas tadi lalu dikumpulkan dalam badan untuk pelbagai kegunaan. Kegunaannya termasuklah Healing Ability, peningkatan stamina, shield guard, dan pelbagai lagi mengikut keupayaan individu.


Sebenarnya ada lagi satu tenaga yg lebih hebat dan berupaya dgn sendiri(izin Allah) mengharmonikan segalanya iaitu tenaga KalmuLlah(Al-Quran). Melalui asas yang saya sebutkan di atas tadi, jika sesebuah tenaga itu kita hasilkan sendiri berbanding pengambilan dari sisa-sisa alam, tidakkah ia telalu hebat dan banyak sumber tenaganya kerana kurang di situ rintangan tenaga.


Istimewanya Tenaga Al-Quran ini, seperti saya katakan ia mampu mengharmonikan. Bukti santifik juga jelas menunjukkan bagaimana bentuk susunan molekul air terkesan oleh pengharmonian Tenaga Al-Quran tadi. Tidakkah ia juga mampu mengharmonikan tubuh badan kita?Sudah tentu boleh kan.


Tenaga tersebut boleh diolah dengan dua cara. Pertama dijadikan sebagai amalan harian yang menyebabkan tenaga tadi sentiasa berlegar-legar di kawasan badan mungkin dalam lingkungan radius tertentu. Sesiapa yang memasuki lingkungan itu akan bersama individu itu mendapat kelebihan pengharmonian tenaga tersebut. Cara kedua ialah dengan mengumpulkan ke dalam badan di kawasan solar plexus(kaw. Tenaga dalaman). Cara ini memerlukan senaman-senaman pernafasan tertentu seperti saya katakan tadi. Melalui cara ini, individu tersebut boleh mengolah tenaga tadi sama ada hendak berada di sekeliling atau tidak. Badan hanya bertindak sebagai medium penyimpanan tenaga.


Dengan penggunaan 2 cara tadi, manusia itu mampu terharmorni dan mengharmonikan sesuai dengan kelebihan Tenaga Al-Quran itu yang berasal dari KalamuLlah.

Apakah kekuatan Pas

Pengisian oleh Ust. Mokhtar Senik, Timb. Ketua Dewan Ulama' Pas
diceritakan semula oleh aku.


Pas masih lagi kuat walaupun tidak diberi ruang seadilnya oleh kerajaan Malaysia. Dengan kekuatan luar biasa ini lah Pas kekal mendapat sokongan rakyat bukan sahaja di kalangan Umat Islam, malahan orang bukan Islam Cina dan India. Dimanakah kekuatan itu?

Kekuatan Hujah merupakan senjata paling utama Pas berbanding Parti politik lain. Selama ini, Pas tidak akan menolak sebarang debat atau hujah bersama Parti lawan. Mahu sahaja Pas berdebat mengutarakan pendapat2 supaya rakyat faham dengan matlamat sebenar perjuangan Pas. Tidak seperti Parti Politik lain, yang tidak terbuka dan eksklusif, mungkin terlingkung dengan pelbagai kepentingan.

Keduanya ialah kekuatan Rohani. Apa yang membezakan Pas ialah kebergantungan sepenuhnya kepada Sang Pencipta Manusia. Semua orang maklum bahawa Pas tidak menawarkan wang ringgit sebagai balasan menyokongnya. Sudahlah tidak dapat duit, susah, kena keluarkan duit sendiri pula. Sekat sana, block sini, tangkap sana, lokap sini. Payah!!. Namun disebabkan kekuatan rohani ahli2 Pas yang mahukan Matlamat asal, Islam itu paling tinggi lah mereka sanggup bekorban segalanya. Ahli2 Pas yakin, segalanya tentu dibalas Allah apabila waktunya tiba kerana Allah itu maha Pemberi Balasan yang Maha Adil.

Pas semenjak dahulu, menekankan aspek ikatan hubungan persaudaraan dalam Islam yang telus. Semua orang tahu, pergerakkan Usrah di dalam Pas telah byk menghubungkan tali2 persaudaraan dikalangan ahli Pas sendiri. Di dalam Usrah, ukhwah ahli ditingkatkan sehinggakan ada terikat terus dengan hubungan kekeluargaan. Dengan penekanan seperti ini, tertanam dalam hati2 ahli perasaan mesra dan sayang di antara satu sama lain. Mungkin tidak sampai ke tahap ukhwahnya kaum Muhajirin dan Ansar, sehingga ada yang beristeri lebih satu sanggup menceraikan isteri semata2 untuk memberi peluang kepada yang belum berkahwin. Tinggi sungguh pengorbanan mereka. Walaupun tidak sampai ke tahap itu uhkwah ahli2 Pas, namun sedikit sebanyak, hubungan yg terikat semata2 kerana Agama Allah telah banyak membantu memberi kekuatan kepada Pas sebagai sebuah Gerakan Islam.



Tip2 Kesihatan

Protect Yourself and Others

All strains of influenza can be dangerous; however, good infection prevention measures can help protect you and others if this virus begins to spread rapidly in Canada.

  • Wash your hands often and thoroughly in warm, soapy water or use hand sanitizer
  • Cough and sneeze in your arm, not your hand
  • Keep common surfaces and items clean and disinfected
  • Stay home if you’re sick, unless directed to seek medical care

Prevent H1N1 flu virus (human swine flu) with frequent handwashing

Handwashing, when done correctly, is the single most effective way to prevent the spread of communicable diseases. Good handwashing technique is easy to learn and can significantly reduce the spread of infectious diseases among both children and adults.

More information on how to wash your hands.

Cover your cough and sneeze

Sneeze and cough into your elbow or sleeve or use a tissue. After wiping or blowing your nose with a tissue, throw away the tissue and wash your hands. Keep your fingers away from your eyes, nose and mouth

Stay at home and avoid crowds when sick

If you are sick, avoid going to work and being in large crowds as you can spread influenza easily to others. You should also visit those who are sick only if necessary.

Keep common surfaces clean

Keep personal items separate if a household member is sick. Use a disinfectant to clean surfaces around a person who is sick with the influenza. Do not share personal items or drinks.

Does the annual influenza vaccination protect me from H1N1 flu virus (human swine flu)?

This year’s annual influenza immunization, or flu shot, protects against the human strain of H1N1 influenza. The human swine influenza H1N1 strain is different than the human strain. It is unlikely that the seasonal flu shot will provide protection against H1N1 flu virus (human swine flu). The flu shot will protect against the seasonal influenza, which is still circulating in Mexico.


Penyakit Kencing Tikus