Isnin, 2009 November 09

Kem Bina Sahsiah @ Muassasah Darul Ulum


KBS atau KEM BINA SAHSIAH pada tahun ini, akan diadakan di Muassasah Darul Ulum Pokok Sena Kedah dari 1hb Disember 2009 sehingga 21hb Disember 2009. Sebagai program Pembangunan Modal Insan tahunan, KBS kali ini dijangka akan berlangsung dengan lebih baik berbanding sebelum ini, disebabkan oleh penekanan pihak Kerajaan Negeri Kedah terhadap program seumpama ini.

Antara faedah-faedah utama menyertai KBS ialah:
-Mengenal diri
-Kesempurnaan Ibadat
-Akhlak dalam Islam
-Penglibatan dalam kumpulan
-Hubungan dengan Masyarakat
-Muhasabah diri

Selaku program yang mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja di kalangan Ibu bapa di Kedah, bahkan dari luar Kedah, KBS bermatlamat membina sahsiah remaja dengan kaedah-kaedahnya tersendiri. KBS antara lainnya, sangat menumpukan kepada pembentukan sahsiah berlandaskan iman & taqwa di samping penerapan fikrah salimah, dan nilai ukhuwah serta keinsafan. KBS terbuka kepada remaja-remaja yang berumur dari 15 hingga 18 tahun bewarganegara Malaysia lelaki dan perempuan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
SEKRETARIAT KEM BINA SAHSIAH
Komplek Muassasah Darul Ulum,
Km 23, Jalan Kuala Nerang,
06400 Pokok Sena, Kedah

Tel/Fax: 04-782 4252 @ Talian terus : 019-590 9733/9744
Anjuran: Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum kerjasama Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah
Tarikh tutup penyertaan: 21 November 2009

Khamis, 2009 Oktober 15

Hj. Wan Muhammad Idris al-Jarumi (Tok Sheikh Jarum)

Tok Sheikh Jarum atau nama penuhnya ialah Haji Wan Muhammad ldris bin Haji Wan Jamal dilahirkan pada tahun 1266 Hijrah bersamaan 1849 Masihi. Beliau dilahirkan di Kampung Bendang, Daerah Jaha dalam Wilayah Yala, Patani.

Gelaran 'Jarum' di hujung nama Haji Wan Muhammad ldris dikatakan berpunca dari peristiwa sewaktu Raja Patani mengumpul beberapa orang ulama di istananya untuk berbincang masalah ´hukum rejam´ dalam Islam. Ketika Raja Patani meminta Haji Wan Muhammad ldris memberikan pendapat, ulama yang paling muda itu dapat menjawab dengan pintar dan tepat. Ketajaman fikiran yang difikirkan oleh raja seperti 'Jarum' itulah menyebabkan baginda menggelarnya, 'Tok Sheikh Jarum'.

Berdasarkan sumber kedua, iaitu catatan yang diperolehi dari cucunya, Haji Wan Muhammad ldris adalah berasal dari keturunan ´Al-Jarmi´ di Hadhramaut, Tanah Arab. Di dalam catatan tersebut tertulis :"Sheikh ldris atau Sheikh Jarum bin Jamal masyhur dengan panggilan Wan ldris bin Wan Abdul Jamal bin Abdul Latif bin Sheikh Muhammad Shamsuddin bin Muhammad Fakeh bin Muhammad Yassin bin lbrahim Al-Hadharamaut bin lbar Hadharamaut Al-Jarmi". Salah seorang anak Tok Sheikh Jarum yang terkenal yang memakai gelaran ini ialah Haji Abdul Rahman Al-Jarum.

Tok Sheikh Jarum mula mempelajari pelajaran agama Islam dari gurunya yang juga sebagai ayah angkatnya bernama Haji Minai atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Minai atau Tok Sheikh Minai iaitu pengarang kitab Kashfal-Litham dan Aqidat Al-Najin yang sangat terkenal. Beliau telah membawa Tok Sheikh Jarum ke Mekah untuk menunaikan haji. Apabila beliau kembali ke tanahair, Tok Sheikh Jarum tidak ikut serta kerana beliau mahu mendalami pengajiannya di dalam bidang bahasa Arab, Usuluddin, Tafsir dan Fiqah.

Sekembalinya dari Mekah, Tok Sheikh Jarum mengajar beberapa tahun di pondok Tuan Minai di Bendang Dalam, Patani. Kali kedua beliau berangkat ke Mekah ialah pada tahun 1895 dengan ketiga-tiga orang isterinya dan dua orang muridnya yang berasal dari Kedah iaitu Haji Mohamad Salleh Haji ldris dan Haji Muhammad Taib. Kali ini beliau tidak tinggal lama di Mekah kerana cita-citanya ingin pulang ke tanahair untuk mengasaskan perkampungan pondoknya sendiri.

Pada awal tahun 1900, Tok Sheikh Jarum bersama isteri-isterinya meninggalkan Mekah dan berniat untuk singgah di Kedah. Di Kedah, beliau tinggal di rumah seorang muridnya, Haji Awang di Pondok Kubang Siam. Berita ketibaan ulama Patani di kampung itu dan kemasyhurannya telah sampai ke pengetahuan Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah melalui Sheikh Ahmad Daim, Kadi Besar Kedah waktu itu. Baginda dikatakan meminta supaya Tok Sheikh tinggal menetap di Kedah untuk mengembangkan syiar Islam di samping diberi tugas menjadi Guru Agama di istana. Permintaan baginda itu diterima oleh Tok Sheikh Jarum kerana bersesuaian dengan cita-citanya.

Tok Sheikh Jarum diberi tempat tinggal percuma di bandar Alor Star. Tetapi disebabkan suasana kesibukan dan kebisingan di bandar tidak sesuai baginya tinggal terus di situ, maka beliau memohon suatu tempat atau kawasan untuk membolehkan beliau membangunkan sekolah pondoknya. Permohonannya dibenarkan dan setelah diberi, Tok Sheikh Jarum memohon suatu tempat yang terletak di Derga. Di situlah beliau meneroka dan mendirikan perkampungan pondoknya dengan bantuan orang-orang dari Kanchut, Alor Star.

Dalam beberapa tahun sahaja, purata jumlah pelajarnya bertambah setiap tahun sehingga pondoknya meningkat kepada dua ratus buah. Oleh kerana pertambahan tersebut, Tok Sheikh Jarum membahagikan kawasan pondoknya kepada dua bahagian iaitu ´pondok luar´ dan ´pondok dalam´. Di samping mengajar di pondoknya, beliau juga kerap ke istana untuk mengajar agama kepada putera-puteri diraja. Setiap kali ke istana, beliau menaiki kereta kuda khas yang datang mengambil dan menghantarnya pulang.

Mata pelajaran yang diajar oleh Tok Sheikh Jarum di pondoknya termasuklah Usuluddin, Tafsir, Fiqah dan bahasa Arab. Anak-anak murid Tok Sheikh Jarum ramai yang berjaya menjadi ulama terkenal di samping menjadi imam dan ada pula yang menurut jejaknya mengasaskan pondok masing-masing.

Tok Sheikh Jarum merupakan salah seorang ulama yang pernah dipilih menduduki barisan Majmak Ulama Dua Belas berpusat di Masjid Zahir, Alor Star yang dipengerusikan oleh Syeikhul-lslam Kedah, Haji Wan Sulaiman Wan Sidek. Mereka berkumpul setiap malam Jumaat bermuzakarah tentang agama dan mengeluarkan sesuatu fatwa.

Kaitannya ialah seperti berikut:

Muhamad Syafiq bin Husni Zain bin Hj Hussein bin Hj Abd Rahman bin Hj. Wan Muhammad Idris al-Jarumi

Khamis, 2009 September 24

Salam `Eidul Fitri, Maaf Zahir & Batin


Kiranya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya `Eidul Fitri kepada semua umat Islam.

Hari Raya merupakan hari meraikan kemenangan bg umat Islam setelah mengharungi cabaran berpuasa(mematuhi arahan Allah tanpa soal) selama sebulan. Disebabkan itulah umat Islam diperintahkan untuk bertakbir dgn laungan takbir kemenangan, seolah-olah mereka menang peperangan.

Sebagai umat Islam, bulan puasa merupakan bulan Tarbiyah(latihan) kepatuhan kepada Allah secara bulat. Manakan tidak, 11 bulan boleh shj makan tiba-tiba satu bulan dilarang pula makan di siang harinya. Walaupun demikian, umat Islam diajar untuk patuh tanpa banyak soal walaupun tidak masuk di akal disebabkan ianya merupakan arahan daripada Allah yang amat jelas dinyatakan di dalam kitabNya Al-Quran.

Namun, kehairanan muncul kerana arahan-arahan(hukum-hukum) lain selain puasa seperti hukum Had, dan Qisas tidak pula dihayati. Jauhlah untuk diamalkan. Sedangkan ianya juga merupakan arahan daripada sumber yang sama!! Inilah yang dinamakan mengambil sebahagian drpd Islam dan tinggal sebahagian yang lainnya.

Islam tidak akan terbina jika tidak diambil kesemuanya...!!! dan tidak ada guna lah jika punyai bangunan tetapi tidak siap...x dak bumbung lah, x dak dinding lah...

Maka saya di sini menyeru kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalina agar kembali merujuk kepada sumber Al-Quran dan Hadith, supaya kita sama-sama tergolong di dalam orang-orang yang membawa Islam ke arah kemenangan...InsyaAllah

Rabu, 2009 September 16

Sejarah akan berulang kembali...




Tip2 Kesihatan

Protect Yourself and Others

All strains of influenza can be dangerous; however, good infection prevention measures can help protect you and others if this virus begins to spread rapidly in Canada.

  • Wash your hands often and thoroughly in warm, soapy water or use hand sanitizer
  • Cough and sneeze in your arm, not your hand
  • Keep common surfaces and items clean and disinfected
  • Stay home if you’re sick, unless directed to seek medical care

Prevent H1N1 flu virus (human swine flu) with frequent handwashing

Handwashing, when done correctly, is the single most effective way to prevent the spread of communicable diseases. Good handwashing technique is easy to learn and can significantly reduce the spread of infectious diseases among both children and adults.

More information on how to wash your hands.

Cover your cough and sneeze

Sneeze and cough into your elbow or sleeve or use a tissue. After wiping or blowing your nose with a tissue, throw away the tissue and wash your hands. Keep your fingers away from your eyes, nose and mouth

Stay at home and avoid crowds when sick

If you are sick, avoid going to work and being in large crowds as you can spread influenza easily to others. You should also visit those who are sick only if necessary.

Keep common surfaces clean

Keep personal items separate if a household member is sick. Use a disinfectant to clean surfaces around a person who is sick with the influenza. Do not share personal items or drinks.

Does the annual influenza vaccination protect me from H1N1 flu virus (human swine flu)?

This year’s annual influenza immunization, or flu shot, protects against the human strain of H1N1 influenza. The human swine influenza H1N1 strain is different than the human strain. It is unlikely that the seasonal flu shot will provide protection against H1N1 flu virus (human swine flu). The flu shot will protect against the seasonal influenza, which is still circulating in Mexico.

Ruang Komen anda


ShoutMix chat widget