Semoga sahabatku sekalian sentiasa berada di bawah peliharaan Allah SWT Tuhan sekalian penciptaan.
Sungguh sesuatu itu tidak kita nampak atau dapat manfaatnya sehingga sampai takdirnya kepada kita.
Hari ini entah kenapa nak layan radio IKIM setelah pulang dari kelas sebelum masuk waktu solat Maghrib. Pada waktu itu, DJ memasang lagu yang selalu saja dengar sebelum ini. Bukan lah lagu yang baru tapi lagu lama, malah ada dalam simpanan MP3 lagi.
Tetapi entah kenapa kali ini, dengarnya tidak sama seperti sebelum. Setiap bait sajak yang dinyanyikan masuk menusuk kalbu. Seolah-olah baru saja dinyanyikan di dalam bahasa yang dapat difahami. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Allahyarham Ust Asri Rabbani bertajuk ILTIZAM. Semoga Allah memberikannya rahmat.
Iltizam atau komitmen terarah amatlah diperlukan sekarang di dalam perjuangan menegakkan Kuasa Islam yang disembamkan oleh pengkhianatan dan kedengkian puak-puak masam ketika dahulu. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi telah menyebut bahawa pada ketika ini, Kuasa Islam amat memerlukan kepada Jihad atau Iltizam atau Komitmen sepenuhnya terhadap Islam. Beliau maksudkan jihad itu ialah Jihad Diri, serta Masa kerana jihad inilah yang paling susah untuk diperoleh daripada umat Islam kini. Namun Jihad Diri itu bukanlah bermaksud pengebom berani mati, tetapi menyerahkan diri serta masa sepenuhnya untuk perjuangan Islam.
Dan sungguhpun begitu, Islam itu luas cakupannya, berjihad padanya boleh di mana-mana sudut sekalipun. Oleh itu sahabatku sekalian, mari kita letakkan komitmen kita yang tinggi untuk Islam. Gunakanlah masa muda kalian untuk manfaat Islam. Nescaya kita tidak akan rugi apa pun, sekalipun pada mata manusia lain pada mereka itu satu kerugian.
- Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)
- Sehingga kamu masuk kubur.
- Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
- Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
- Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
- (Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
- Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
- Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! -At-Takathur-
"Tegakkan Negara Islam di dalam Hatimu(dengan Komitmen Tarbiyah), nescaya ia akan tertegak di tanahairmu"
"Allah 'Azza wa Jalla kagum kepada Pemuda yang tiada baginya masa muda(untuk berfoya-foya, kerana masanya dipenuhi dengan perjuangan dan beribadat kepada Allah)"
Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian
Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Syakhsiah akan hebat menyala
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang
Bukalah minda keterlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa dijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan
Nilai hidup akan bererti Maruah dihargai
Islam terus dihormati indah dihayati
Sandiwara di ruang khayalan
Kejahilan mainan Syaitan
Emosi bukanlah penyelesaian
Wibawa seorang yang beriltizam
Komitmen = ILTIZAM (keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu) -- Kamus Dewan Edisi Empat
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)