Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
al-Baqarah: 155-157
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh para syuhada' dan solihin.
"Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia. Afiatkanlah dia dan ampunilah dia. Muliakan tempat persinggahannya dan luaskan tempat masuknya. Basuhkanlah dia dengan air, salji, dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam Syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih sudi membaca tulisan saya...