Rakan-rakan blog

Khamis, 19 Ogos 2010

Ramadhan di Yaman

Ramadhan kali ini sememangnya menjanjikan kelainan kerana sambutannya bukanlah di tempat sendiri, manakan tidak berpuasa kali pertama di bumi Yaman. Yaman bukanlah asing dari sebutan Umat Islam di Malaysia kerana kebanyakan masyarakat Melayu mempunyai nasab salasilah yang berasal dari bumi Yaman. Kenyataan itu diperkuat lagi dengan wajah-wajah masyarakat Yaman yang mempunyai iras-iras Melayu (Syed dan Syarifah). Sais badan juga sama seperti orang Melayu. Walaupun bumi Yaman wujud bangsa Yahudi (minoriti) di dalamnya namun ia merupakan Negara Islam yang termasuk di dalam doa Nabi Muhammad SAW, terjamin baginya keberkatan.

عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم: (أللهم بارك لنا في شامنا ويمننا، اللهم بارك لنا في شامنا ويمننا) رواه أحمد في مسنده، مسند المكثرين من الصحابة، حديث 5384

Drpd Abdullah bin Umar radiallahu`anhuma berkata: Nabi SAW bersabda: (Ya Allah, berkatilah kami di bumi Syam dan bumi Yaman, Ya Allah berkatilah kami di bumi Syam dan bumi Yaman) riwayat Imam Ahmad dalam sanadnya, sanad yang banyak dari kalangan Sahabat, Hadith ke-5384.

Keberkatan di bumi Yaman lebih terserlah lagi setelah datangnya bulan Ramadhan. Masjid-masjid menjadi penuh setiap masa seperti solat Jumaat bahkan pada waktu Subuh. Malam-malam pula menjadi hidup hatta di jalan-jalan dan di kedai serta pasaraya sehingga ke pagi. Namun apa yang berbeza ialah, pada siangnya bagaikan malam. Kesunyian di setiap jalan dan kedai-kedai disebabkan tutup. Hanya yang berulang-alik bekerja dari kalangan pekerja kerajaan. Pengalaman yang baru ini amat berharga dan tidak berlaku di Malaysia, walaupun ada orang yang malamnya berjaga dan tidur selepas subuhnya di Malaysia tetapi tidak meluas seperti di sini. InsyaAllah Syawal yang juga menjanjikan kelainan akan menjelma nanti.

Alhamdulillah dengan keadaan di Yaman yang mempunyai ramai Ulama’ dan pengamal Sunnah Nabi SAW, keberkatan di bumi Yaman menjadi amat nyata kerana yang layak mendapat keberkatan primer (utama) hanyalah dari golongan pengikut Sunnah Rasulullah SAW (…berkatilah kami…). Manakala keberkatan sekunder adalah tempias dari keberkatan primer dari golongan pengikut Sunnah Nabi tadi. Seperti kami orang yang baru menetap di Yaman merupakan orang yang menerima keberkatan sekunder tadi. Sebagai contohnya ialah budaya memberi salam di mana sahaja, mengawal marah dengan berselawat (jika berlaku pergaduhan, penyelesaiannya hanya berselawat), masjid yang amat meraikan kanak-kanak dan remaja, dan aurat-aurat perempuan yang amat terjaga.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah...

    :)
    Do'akan kami di sini juga...

    BalasPadam
  2. InsyaAllah sheikh dr Hamidi al-`allamah...

    doakan ana juga.

    BalasPadam
  3. Subhanallah, seronoknya berpuasa di Yaman. Nanti kongsikan pengalaman dan gambar-gambar di sini ye

    BalasPadam
  4. InsyaAllah ustazah zatil...syukran jazilan

    BalasPadam

Terima Kasih sudi membaca tulisan saya...


Tip2 Kesihatan

Protect Yourself and Others

All strains of influenza can be dangerous; however, good infection prevention measures can help protect you and others if this virus begins to spread rapidly in Canada.

  • Wash your hands often and thoroughly in warm, soapy water or use hand sanitizer
  • Cough and sneeze in your arm, not your hand
  • Keep common surfaces and items clean and disinfected
  • Stay home if you’re sick, unless directed to seek medical care

Prevent H1N1 flu virus (human swine flu) with frequent handwashing

Handwashing, when done correctly, is the single most effective way to prevent the spread of communicable diseases. Good handwashing technique is easy to learn and can significantly reduce the spread of infectious diseases among both children and adults.

More information on how to wash your hands.

Cover your cough and sneeze

Sneeze and cough into your elbow or sleeve or use a tissue. After wiping or blowing your nose with a tissue, throw away the tissue and wash your hands. Keep your fingers away from your eyes, nose and mouth

Stay at home and avoid crowds when sick

If you are sick, avoid going to work and being in large crowds as you can spread influenza easily to others. You should also visit those who are sick only if necessary.

Keep common surfaces clean

Keep personal items separate if a household member is sick. Use a disinfectant to clean surfaces around a person who is sick with the influenza. Do not share personal items or drinks.

Does the annual influenza vaccination protect me from H1N1 flu virus (human swine flu)?

This year’s annual influenza immunization, or flu shot, protects against the human strain of H1N1 influenza. The human swine influenza H1N1 strain is different than the human strain. It is unlikely that the seasonal flu shot will provide protection against H1N1 flu virus (human swine flu). The flu shot will protect against the seasonal influenza, which is still circulating in Mexico.


Penyakit Kencing Tikus