oleh: Abdullah Naseh `Ulwan
Wahai sahabat, apakah kamu mengetahui tujuan kamu diciptakan dan kepentingan kamu?
• Telah diciptakan kamu untuk merealisasikan tujuan Perhambaan dan Ketundukan semata-mata kepada Allah swt dan Penyerahan sepenuhnya di sisi Allah.
(Az-Zaariat: 56) وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ
• Dan telah diciptakan kamu untuk beriltizam sepenuhnya dengan Manhaj Rabbaniyah yang tiada padanya kebatilan walau dari mana sudut sekalipun.
(Ali-Imran: 85) وَمَن يَبتَغِ غَيرَ الإِسلٰمِ دينًا فَلَن يُقبَلَ مِنهُ وَهُوَ فِى الءاخِرَةِ مِنَ الخٰسِرينَ
• Dan telah diciptakan kamu untuk memberikan Wala’ dan Ketaatan kepada Allah swt, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.
مَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسولَهُ وَالَّذينَ ءامَنوا فَإِنَّ حِزبَ اللَّهِ هُمُ الغٰلِبونَ () إِنَّما وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسولُهُ وَالَّذينَ ءامَنُوا الَّذينَ يُقيمونَ الصَّلوٰةَ وَيُؤتونَ الزَّكوٰةَ وَهُم رٰكِعونَ
(Al-Maidah: 55-56)
Disebabkan kepentingan kita yang besar ini, maka telah diciptakan dan ditugaskan kepada kita atas kepentingan itu, iaitu menegakkan Hukum Allah di muka bumi ini serta mengeluarkan seseorang manusia daripada perhambaan terhadap manusia kepada perhambaan terhadap Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, dan daripada sistem kekafiran kepada sistem keadilan Islam.
Wahai sahabat, adakah kamu tahu dengan apakah kepentingan-kepentingan tersebut direalisasikan?
Justeru merealisasikan kepentingan-kepentingan tersebut, perlulah kita menguasai dan mendalami lima sifat asas ini, iaitu:
1. Dengan IMAN YANG TEGUH tanpa ada ragu-ragu dan tidak yakin.
إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ ءامَنوا بِاللَّهِ وَرَسولِهِ ثُمَّ لَم يَرتابوا وَجٰهَدوا بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم فى سَبيلِ اللَّهِ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الصّٰدِقونَ
(Al-Hujurat: 15)
2. Dengan KEIKHLASAN YANG BENAR jauh dari buat-buat dan perasaan menunjuk-nunjuk.
(Al-Baiyinah: 5) وَما أُمِروا إِلّا لِيَعبُدُوا اللَّهَ مُخلِصينَ لَهُ الدّينَ حُنَفاءَ وَيُقيمُوا الصَّلوٰةَ وَيُؤتُوا الزَّكوٰةَ ۚ وَذٰلِكَ دينُ القَيِّمَةِ
3. Dengan KEAZAMAN YANG KUAT tanpa mengenal takut dan berbelah-bagi.
(Al-Ahzab: 39) الَّذينَ يُبَلِّغونَ رِسٰلٰتِ اللَّهِ وَيَخشَونَهُ وَلا يَخشَونَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ ۗ وَكَفىٰ بِاللَّهِ حَسيبًا
4. Dengan GERAK-KERJA YANG BERDISIPLIN tanpa mengenal letih dan penat.
وَقُلِ اعمَلوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُم وَرَسولُهُ وَالمُؤمِنونَ ۖ وَسَتُرَدّونَ إِلىٰ عٰلِمِ الغَيبِ وَالشَّهٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ
(At-Taubah: 105)
5. Dengan PENGORBANAN YANG MAHAL tidak mengenal kecuali kemenangan dan syahid.
أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمّا يَأتِكُم مَثَلُ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم ۖ مَسَّتهُمُ البَأساءُ وَالضَّرّاءُ وَزُلزِلوا حَتّىٰ يَقولَ الرَّسولُ وَالَّذينَ ءامَنوا مَعَهُ مَتىٰ نَصرُ اللَّهِ ۗ أَلا إِنَّ نَصرَ اللَّهِ قَريبٌ
(Al-Baqarah: 214)
Pada hakikatnya, sifat-sifat ini adalah merupakan sifat individu khas di sisi Allah yang mempunyai sifat utama iaitu membenarkan apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka, dan mempunyai keterampilan tidak takut melainkan hanya kepada Allah swt untuk berubah dan mengubah.
Ketahuilah sahabat bahawa:-
1. Asas kepada iman itu ialah hati yang cerdas terbimbing oleh akal yang bijak
2. Asas kepada kepada keikhlasan itu ialah hati kalbu yang bersih
3. Asas kepada keazaman ialah pada kemahuan yang kuat
4. Asas kepada kerja-buat ialah pada kemampuan kepemudaan
5. Asas kepada pengorbanan itu ialah aqidah yang teguh
Kesemua sifat-sifat ini tidaklah ada melainkan hanya pada pemuda, dan khususnya pada pemuda yang beriman kepada Allah swt.
Secara jelas sejarah telah membuktikan peranan pemuda pada setiap peringkat iaitu sebagai tiang-tiang kepada kebangkitan Umat Islam seluruhnya, rahsia kekuatan umat, pembawa keizzahan dan kemuliaan umat, pembawa-pembawa Panji Umat, dan pemimpin tentera kemenangan.
(Al-Kahfi: 13) إِنَّهُم فِتيَةٌ ءامَنوا بِرَبِّهِم وَزِدنٰهُم هُدًى
***
Assalamu'alaikum...
BalasPadamSyeikhuna...
lama xdgr kabor...
maaf xsmpat antar enta kat KLIA...
insyaAllah, kita buat y terbaik!
Salam dari Malaysia... :)
waalaikumussalam..
BalasPadamya sheikhul Kabir...ana alhamdulillah di sini
insyaAllah jadilah seperti pemuda2 Kahfi
sama-sama menuju ke arah terbaik...
salam dari Yaman..