Rakan-rakan blog

Sabtu, 27 November 2010

Islam bukan milik Melayu semata-mata

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Teks ucapan Majlis Penutup Kelantan International Business Forum

Firman Allah yang bermaksud: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Surah Al-Hasyar: 7)

Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah keizinanNya, kita dapat berkumpul di dalam forum yang diadakan sempena dengan expo cheng ho ini.

Isnin, 22 November 2010

Pengajaran Kisah Ibrahim

Kisah nabi Ibrahim bukanlah sengaja Allah SWT rakamkan dengan banyak di dalam al-quran melainkan dalamnya sangat membawa pengajaran kepada kita sebagai umat akhir zaman. Bahkan Allah juga menekankan kisah-kisah sejarah umat-umat terdahulu untuk kita ketahui kesilapan mereka kerana Allah mengetahui manusia itu cenderung untuk melakukan kesilapan orang-orang terdahulu. Sebagai manusia yang beriman dengan Allah, Kitab-Nya, dan Rasul-Nya seharusnya kita sensitif dengan penekanan ini.

Sahabat yang dimuliakan,

Sesungguhnya terdapat empat pengajaran besar di dalam kisah Nabi Ibrahim AS yang boleh kita perhatikan bersama yang mana ianya punyai persamaan dengan waktu kita sekarang iaitu:

Ahad, 12 September 2010

Engkau pergi dahulu Nik Hafreez Afiq Mohd Ghazali...


وَلَنَبلُوَنَّكُم بِشَيءٍ مِنَ الخَوفِ وَالجوعِ وَنَقصٍ مِنَ الأَموٰلِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذينَ إِذا أَصٰبَتهُم مُصيبَةٌ قالوا إِنّا لِلَّهِ وَإِنّا إِلَيهِ رٰجِعونَ ﴿١٥٦﴾ أُولٰئِكَ عَلَيهِم صَلَوٰتٌ مِن رَبِّهِم وَرَحمَةٌ ۖ وَأُولٰئِكَ هُمُ المُهتَدونَ ﴿١٥٧١
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Selamat Hari Raya Semua


Salam AidulFitri kepada semua ahli keluarga, sahabat handai dan saudara kenalan jauh. Keampunan dan kemaafan dipinta daripada manusia pula sebagai pelengkap hari Fitrah setelah bertungkus lumus berurusan dengan Sang Pencipta selama sebulan lamanya. Semoga Allah swt mengabulkan segala permintaanku, insyaALlah.

Rabu, 25 Ogos 2010

Kawallah fitrah nafsumu

Allah SWT menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Allah membezakan kita dengan makhluk lain hanya dengan nilai akal. Sungguhpun begitu, Allah juga meletakkan nafsu sebagai hiasan bagi manusia kerana padanyalah manusia itu akan punyai keinginan dan kehendak di samping akal sebagai pengimbang. Justeru sesuailah manusia itu diciptakan sebagai Khalifah di bumi ini.

Nafsu merupakan fitrah kejadian manusia yang Allah telah tetapkan keadaannya seperti firman-Nya;

زُيِّنَ لِلنّاسِ حُبُّ الشَّهَوٰتِ مِنَ النِّساءِ وَالبَنينَ وَالقَنٰطيرِ المُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ وَالخَيلِ المُسَوَّمَةِ وَالأَنعٰمِ وَالحَرثِ ۗ ذٰلِكَ مَتٰعُ الحَيوٰةِ الدُّنيا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسنُ المَـٔابِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (ali-Imran:14)

Khamis, 19 Ogos 2010

Ramadhan di Yaman

Ramadhan kali ini sememangnya menjanjikan kelainan kerana sambutannya bukanlah di tempat sendiri, manakan tidak berpuasa kali pertama di bumi Yaman. Yaman bukanlah asing dari sebutan Umat Islam di Malaysia kerana kebanyakan masyarakat Melayu mempunyai nasab salasilah yang berasal dari bumi Yaman. Kenyataan itu diperkuat lagi dengan wajah-wajah masyarakat Yaman yang mempunyai iras-iras Melayu (Syed dan Syarifah). Sais badan juga sama seperti orang Melayu. Walaupun bumi Yaman wujud bangsa Yahudi (minoriti) di dalamnya namun ia merupakan Negara Islam yang termasuk di dalam doa Nabi Muhammad SAW, terjamin baginya keberkatan.

عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم: (أللهم بارك لنا في شامنا ويمننا، اللهم بارك لنا في شامنا ويمننا) رواه أحمد في مسنده، مسند المكثرين من الصحابة، حديث 5384

Isnin, 16 Ogos 2010

Sehingga Pemuda Mengetahui (vol 1)

oleh: Abdullah Naseh `Ulwan

Wahai sahabat, apakah kamu mengetahui tujuan kamu diciptakan dan kepentingan kamu?

• Telah diciptakan kamu untuk merealisasikan tujuan Perhambaan dan Ketundukan semata-mata kepada Allah swt dan Penyerahan sepenuhnya di sisi Allah.

(Az-Zaariat: 56) وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ

• Dan telah diciptakan kamu untuk beriltizam sepenuhnya dengan Manhaj Rabbaniyah yang tiada padanya kebatilan walau dari mana sudut sekalipun.

(Ali-Imran: 85) وَمَن يَبتَغِ غَيرَ الإِسلٰمِ دينًا فَلَن يُقبَلَ مِنهُ وَهُوَ فِى الءاخِرَةِ مِنَ الخٰسِرينَ

• Dan telah diciptakan kamu untuk memberikan Wala’ dan Ketaatan kepada Allah swt, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.

مَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسولَهُ وَالَّذينَ ءامَنوا فَإِنَّ حِزبَ اللَّهِ هُمُ الغٰلِبونَ () إِنَّما وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسولُهُ وَالَّذينَ ءامَنُوا الَّذينَ يُقيمونَ الصَّلوٰةَ وَيُؤتونَ الزَّكوٰةَ وَهُم رٰكِعونَ
(Al-Maidah: 55-56)

Disebabkan kepentingan kita yang besar ini, maka telah diciptakan dan ditugaskan kepada kita atas kepentingan itu, iaitu menegakkan Hukum Allah di muka bumi ini serta mengeluarkan seseorang manusia daripada perhambaan terhadap manusia kepada perhambaan terhadap Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, dan daripada sistem kekafiran kepada sistem keadilan Islam.

Ahad, 16 Mei 2010

Janganlah sentiasa mencari kesalahan.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal; (iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika mereka berdiri dan duduk dan ketika mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.
(Surah Ali ‘Imran: 190-91)


Selamat Hari Guru 2010


Jasa guruku tidak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu daripadanya
Jasanyaku kenang sampai bila-bila

Guru mengenalkanku pada Tuhanku
Rasul dan wahyu juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak Mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa


Tip2 Kesihatan

Protect Yourself and Others

All strains of influenza can be dangerous; however, good infection prevention measures can help protect you and others if this virus begins to spread rapidly in Canada.

  • Wash your hands often and thoroughly in warm, soapy water or use hand sanitizer
  • Cough and sneeze in your arm, not your hand
  • Keep common surfaces and items clean and disinfected
  • Stay home if you’re sick, unless directed to seek medical care

Prevent H1N1 flu virus (human swine flu) with frequent handwashing

Handwashing, when done correctly, is the single most effective way to prevent the spread of communicable diseases. Good handwashing technique is easy to learn and can significantly reduce the spread of infectious diseases among both children and adults.

More information on how to wash your hands.

Cover your cough and sneeze

Sneeze and cough into your elbow or sleeve or use a tissue. After wiping or blowing your nose with a tissue, throw away the tissue and wash your hands. Keep your fingers away from your eyes, nose and mouth

Stay at home and avoid crowds when sick

If you are sick, avoid going to work and being in large crowds as you can spread influenza easily to others. You should also visit those who are sick only if necessary.

Keep common surfaces clean

Keep personal items separate if a household member is sick. Use a disinfectant to clean surfaces around a person who is sick with the influenza. Do not share personal items or drinks.

Does the annual influenza vaccination protect me from H1N1 flu virus (human swine flu)?

This year’s annual influenza immunization, or flu shot, protects against the human strain of H1N1 influenza. The human swine influenza H1N1 strain is different than the human strain. It is unlikely that the seasonal flu shot will provide protection against H1N1 flu virus (human swine flu). The flu shot will protect against the seasonal influenza, which is still circulating in Mexico.


Penyakit Kencing Tikus